Friday, 18 November 2011

Multimedia dan kesannya kepada Industri.
-Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri,
iaitu :-
Industri komputer (computing)
Industri telekomunikasi (telecommunication) dan
Industri penyiaran (broadcasing)
-Kesannya Kepada Industri Komputer.
Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga
melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikania
berkemampuan menukar sebarang makluamt dalam keadaan analog seperti suara,
muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang
berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia
disimpan.
Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem
multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau
pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat
melaksanakan sesuatu tugas.
Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus keperanti video.
-Kesannya Kepada Industri Telekomunikasi.
Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran
tanpa wayar (satelit).
Oleh kerana maklumat multimeida selalunya bersaiz besar dan dalam keadaan
berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini
mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian
yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan
lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan
lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya diMSC).
-Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman
dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan
tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk
pengeditanm ovie secara digital.
Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada
seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran
ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui
rangkaian komputer.

No comments:

Post a Comment