- Penggunaan animasi 3D adalah lebih menarik dan sesuai digunakan dalam bidang pendidikan berbanding animasi 2D
Pihak pendidik tidak menafikan pernyataan yang menyatakan bahawa penggunaan animasi 3D adalah lebih baik dan berkesan daripada penggunaan animasi 2D ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalammemandang dan memahami konsep animasi 2D sebenar ia merupakan grafik animasi yang melibatkan dua dimensi iaitu ukuran panjang dan lebar (x,y), yang berformulakan meletak gambar yang banyak dan diletakkan frame-frame yang tersusun dalam 1 keyframe kemudian digabung dengan penggunaan bantuan teknologi komputer. Manakala konsep grafik animasi 3D ia melibatkan ukuran panjang, lebar dan tinggi (x,y,z), dengan menggunakan formula matematik dan penggunaan sistem teknologi yang canggih maka hasilnya daripada animasi 3D ini seolah-olah wujud objek yang bergerak itu hampir menjadi nyata realiti . Oleh itu, dapatlah tahu jauh perbezaan kualiti animasi 3D berbanding dengan animasi 2D. Dalampenyampaikan pembelajaran dalam bentuk animasi 3D, sebagai contoh dalam mata pelajaran matematik bab isipadu yang perlu membuat pengiraan pada bentuknya, dengan gambaran animasi 3D yang ditunjukkan oleh guru, maka pelajar dapat berfikir dan membuat andaian bentuk sebenar pada objek tersebut , secara tidak langsung pelajar dapat faham apa yang disampaikan oleh guru. Begitu juga dengan mata pelajaran sains dan yang lain, dengan menggunakan animasi 3D tersebut dalam penyampaian pembelajaran ini ia juga dapat membantu perkembangan mental pelajar. Justeru itu, dapatlah melahirkan pelajar yang berkreatif yang boleh memberi idea-idea, pandangan dan pendapat yang kreativiti. Oleh itu, para pendidik dapat melihat prestasi pelajar mereka ketika menggunakan animasi 3D dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat membina dan menguji keberkesanan dalam pencapaian pelajar dengan secara tidak langsung.
Selain dapat memperkembangkan pengetahuan pelajar, animasi 3D juga dapat meningkatkan lagi minat pelajar terhadap pembelajaran mereka ini kerana pembentukan pembelajarannya yang diterima amat menarik berbanding dengan bentuk animasi 2D. Kewujudan objek 3-dimensi ini ia dapat menonjolkan paparan yang pelbagai sudut pandangan ketika animasi 3D tersebut apabila dipersembahkan pada skrin disamping ia memberi ilusi dan keadaan objek seakan-akan rasa seperti keadaan yang sebenar. Ilusi pada objek yang dipaparkan itu tidak hanya bertumpu pada animasi dan komposisi 3D, malah objek animasi 3D yang memberi tarikan pelajar kerana sudutan tekstur dan pewarna, pembayang dan cahaya , karakter objek dan sebagainya, sebagai contoh animasi 3D dapat dilihat apabila gambaran objek yang menunjukkan berlaku kilat, cahaya yang dihasilkan akan dipantulkan ke atas permukaan objek 3D tersebut dengan menggunakkan teknik multimedia pada sistem komputer yang canggih untuk menghasilkan animasi 3D yang menarik dan unik. Bagaimanapun tidak ketinggalan juga keunikkan animasi 3D yang disampaikan lebih berkesan daripada menggunakkan animasi 2D, iaitu dari sudut paparan animasi 3D yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui teknikal dan emosi. Pertunjukkan objek seperti 'body language' pada objek animasi 3D itu lebih menonjol daripada animasi 2D. Oleh demikian itu, pelajar akan lebih memberi tumpuan pada objek animasi 3D yang bersifat semula jadi (iaitu menunjukkan perasaan) yang cuba disampaikan oleh objek animasi 3D tersebut melalui fahaman mereka dari pergerakkan animasi 3D tersebut amat memberi perhatian. Maka itu, tidak hairanlah objek animasi 3D dapat memberi fahaman semula jadi yang mendalam apabila pelajar mempelajari dan melihat persembahan menggunakan objek berunsur animasi 3D. Kesimpulannya, dalam global pendidkan pada masa kini yang telah pun bermula menggunakan animasi 3D dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah ia semakin popular dan menjadikan perkembangan multimedia pada masa kini. Rekaan pada objek animasi 3D juga memegang peranan penting bagi menyampaikan sesuatu maklumat yang lebih menarik bagi pelajar lebih faham, selesa dan tertarik tarhadap animasi tersebut. Bagaimanapun, dalam pembelajaran yang menggunakan animasi3D ini ia dapat mempengaruhi dan memberi motivasi kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.
No comments:
Post a Comment